Cari @ Amanz

Siri Garmin Descent G1 Kini Di Malaysia – Harga Jualan Bermula RM2570

Link Copied!

Garmin kini hadir dengan beberapa peranti boleh-pakai baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, siri Garmin Descent G1 telah diumumkan dengan dua model berbeza iaitu Garmin Descent G1 dan Garmin Descent G1 Solar. Kedua-duanya direka dengan tubuh tahan lasak untuk kegunaan menyelam, di samping beberapa aktiviti dan kesihatan pengguna.

Bagi yang berminat, Garmin Descent G1 dijual pada harga RM2,570 dengan dua pilihan warna seperti Storm Grey dan Powder Grey. Sementara itu, Garmin Descent G1 Solar pula berharga RM3,030 dengan pilihan warna Black dan Hurricane Blue.

Siri Garmin Descent G1 mempunyai paparan sebesar 0.9-inci dengan resolusi 176 x 176 piksel. Panel paparan adalah sejenis monokrom dengan rekaan skrin bersama dua tetingkap tersesuai. Di samping itu, kedua-duanya turut menyokong penarafan kalis air 10 ATM, GPS, sensor kadar denyutan jantung dan sebagainya.

Seperti kebanyakan jam tangan pintar Garmin yang lain, ia juga mempunyai sokongan Garmin Pay, Garmin Conncet IQ Store dan sejumlah mod senaman berbeza. Ketahanan bateri pula boleh mencapai 21 hari dalam mod jam tangan pintar, meningkat kepada 25 jam untuk mod menyelam dan 26 jam pula untuk penggunaan GPS yang berpanjangan.


Komen ()