Cari @ Amanz

Tetapan Peranti Android Kali Pertama Kini Hadir Dengan Antaramuka Seakan Fast Pair Untuk TWS

Link Copied!

Kerja yang saya lakukan sekarang boleh dikatakan mencabar. Hampir setiap minggu saya perlu tukar peranti demi peranti untuk diuji dan mengeluarkan ulasan. Setiap kali saya menggunakan peranti baharu, saya akan melakukan sandaran pada peranti lama dan memulihkan semula data ke peranti baru.

Untuk Android ia tidaklah begitu mudah, tetapi masih boleh hadap lagi. Hanya menggunakan Google Assistant dan saya arahkan Setup my new device, ia akan menghubungkan peranti lama dengan peranti baru dan saya hanya perlu ikuti arahan pada skrin untuk teruskan.

Google ingin memberikan pengalaman ini lebih mudah dan ringkas. Kini menurut 9to5Google, antaramuka melakukan perkara ini dilihat telah berubah menjadi antaramuka seperti menggunakan Fast Pair untuk TWS. Tetingkap meminta arahan pengguna untuk menetapkan peranti baru ini adalah melalui imbasan nearby devices yang mana Google akan mengesan peranti Android dengan GMS terdekat yang masih ‘segar’.

Walaupun ciri ini lebih kepada menggantikan notifikasi menetapkan peranti dalam talam notifikasi, ia adalah satu ciri baik kerana notifikasi mudah terlepas pandang dan terbuang. Tetapi tetingkap ini lebih besar dan akan meminta perhatian tambahan daripada pengguna. Tetingkap ini turut memberitahu pengguna nama peranti dengan imej.

Konsep tetingkap ini adalah sama dengan apa yang Apple telah lakukan untuk peranti mereka sejak beberapa tahun lalu.


Komen ()