Cari @ Amanz

Siri Honor MagicBook X 2022 Dilancarkan Secara Rasmi Di China

Link Copied!

Honor boleh dikatakan terkenal dengan penawaran komputer riba bersaiz kompak bersama binaan yang premium menerusi siri MagicBook. Terkini, ia telah dikemaskini dengan beberapa lagi model baharu menerusi pengenakan Honor MagicBook X 14 2022 dan Honor Magic Book X15 2022.

Seperti namanya, Honor MagicBook X14 menggunakan skrin sebesar 14-inci. Sementara itu, Honor MagicBook X15 pula dilengkapi skrin bersaiz 15.6-inci. Lain-lain spesifikasi yang menyokong adalah sama. Di mana, kedua-duanya menggunakan panel sejenis IPS LCD dengan resolusi 1920 x 1080 piksel dan nisbah skrin-ke-badan 16:9. Ia kemudiannya dipadankan dengan penggunaan CPU Pemproses Intel Core i11-5G1135, di samping GPU Intel Iris Xe. Memori pula sehingga 16GB RAM manakala storan dalaman pula 512GB SSD. Komputer riba ini turut menjalankan perisian Windows 11.

Untuk harga, Honor MagicBook X 14 2022 dijual pada harga serendah RMB3,999 (~RM2,657). Sementara itu, Honor MagicBook X15 2022 pula berharga bermula RMB3,499 (~RM2,325) (8GB/512) dan RMB4,099 (~RM2,724) (16GB/512GB).


Komen ()