Carian
Xiaomi Civi 1S Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 778G+, Skrin OLED 120Hz, Kamera 64MP
April 21, 2022 Amy Maizuraa

Xiaomi Civi 1S akhirnya dilancarkan secara rasminya di China, sebentar tadi. Ia menjadi model kemas-kini buat siri Civi, sekaligus meneruskan tradisi yang memfokuskan terhadap gaya hidup. Ia juga dilengkapi tubuh dengan kemasan dan pilihan warna menarik yang sesuai mengikut peredaran masa.

Untuk lebih khusus, Xiaomi Civi 1S mempunyai skrin sebesar 6.55-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 778G+, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 55W turut digunakan pada peranti.

Di samping itu, peranti juga menyokong sistem tri-kamera dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP. Manakala kamera hadapan pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, NFC, pengimbas cap jari pada paparan, menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

Untuk harga, Xiaomi Civi 1S dijual pada RMB2,299 (~RM1,528) (8GB/128GB), RMB2,599 (~RM1,730) (8GB/256GB) dan RMB2,899 (~RM1,930) (12GB/256GB). Setakat ini, ia terhad untuk pasaran China sahaja.

Komen