Cari @ Amanz

Kingston ialah sebuah jenama yang cukup terkenal untuk penawaran memori, storan dan juga aksesori komputer mereka yang digunakan oleh ramai gamer di seluruh dunia. Kingston baru-baru ini dilihat banyak memperkenalkan komponen dan aksesori baru juga, dan satu cara untuk memperlihatkan penawaran baru ini, mereka telah membina pusat mercu pertama mereka yang dinamakan Kingston Fury Gaming Lab.

Pusat ini dibina di pejabat APAC mereka di daerah Hsinchu, Taiwan dan merumahkan sejumlah besar inovasi mereka dalam teknologi perkomputeran setakat ini, seperti pembangunan memori DDR5 dan storan SSD PCIe 4.0 yang hadir dengan kapasiti dan juga kelajuan tinggi yang digunakan bukan sahaja oleh pengguna biasa, tetapi juga pelewah jam profesional dan juga jenama-jenama komputer yang lain untuk menjamin prestasi komputer yang hebat.

Kingston Fury Gaming Lab dibahagi kepada tiga zon, iaitu Zone A, Zone B dan juga Zone C yang memperlihatkan aspek-aspek gaming yang berbeza.

Bermula dengan Zone A, bahagian ini memperlihatkan sebuah tiang interaktif yang hadir dengan bentuk sebuah memori DRAM. Melaluinya, pengguna boleh memahami jenis pemain dan juga permainan-permainan kegemaran mereka, dan akan diberi cadangan tentang produk-produk Kingston Fury yang sesuai untuk mereka.

Zone B pula memperlihatkan tiga buah komputer yang dibina khusus oleh para pembina komputer-komputer tersuai yang terkenal untuk Kingston Fury Gaming Lab, memperlihatkan kreativiti dan bagaimana sebuah komputer tidak hanya perlu mempunyai bentuk kuboid. Komputer-komputer ini juga memperlihatkan komponen-komponen memori dan storan Kingston, khususnya memori-memori dengan penawaran sistem pencahayaan RGB yang menjadikan binaan-binaan ini cukup cantik sekali.

Zone C memberi pelawat sekilas pandang tentang bagaimana Kingston membina komponen-komponen mereka, dan bagaimana mereka bekerjasama dengan jenama-jenama komponen lain dan juga pelewah-jam profesional dalam menetapkan rekod dunia untuk lewah-jam.

Buat masa ini, Kingston Fury Gaming Lab ini hanya

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd