Lenovo kini menawarkan kemaskini sekuriti untuk para pengguna komputer riba mereka, mengatasi kerentanan pada BIOS yang telah dikenal-pasti.
Kerentanan ini dilihat melibatkan lebih 100 model komputer riba keluaran Lenovo di pasaran, termasuk Legion, Yoga, Flex dan juga IdeaPad.
Kerentanan ini dilihat berlaku disebabkan oleh penggunaan perisian ketika proses pembangunan yang disertakan pada versi akhir BIOS.
Bagi anda yang menggunakan produk Lenovo, mungkin boleh menyemak model komputer anda di laman khusus, dan seterusnya melakukan proses kemaskini BIOS komputer anda untuk kekal selamat di arena siber.