Kad Grafik AMD Radeon RX 6400 Kini Mula Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Tanda Harga Bawah RM1000

Diterbitkan pada Apr 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AMD baru sahaja melancarkan kad grafik untuk komputer kelas mampu milik mereka, iaitu AMD Radeon RX 6400, dan kini, kami mendapat butiran bahawa dua jenama kad grafik terkemuka, iaitu ASUS dan juga GIGABYTE telah mula menjual model kad grafik ini di pasaran tempatan.

Sebagai permulaan, kad grafik AMD Radeon RX 6400 ini ialah sebuah kad grafik yang sesuai digunakan pada komputer-komputer yang kecil dan tidak memerlukan kuasa gaming yang begitu tinggi. Ia boleh dimanfaatkan untuk menonton video-video beresolusi tinggi dan juga untuk gaming pada resolusi Full HD dengan tetapan rendah ke sederhana.

Bermula dengan ASUS, mereka memperlihatkan kad grafik ASUS DUAL-RX6400-4G yang hadir dengan kipas penyejuk Dual Axial yang tidak akan berpusing selagi suhu GPU tidak melangkaui 52 darjah Celcius. Kad grafik ini hadir dengan kelajuan Gaming 2039MHz dan boleh meningkat sehingga 2321MHz apabila digunakan untuk gaming.

Kad grafik ini, walaupun hadir dalam saiz kecil, kad grafik ini juga dilengkapi dengan sebuah rangka aluminum di bahagian bawah untuk memastikan bahagian papan litar tidak membengkok akibat masa.

GIGABYTE turut mula menjual dua kad grafik, termasuklah GIGABYTE Radeon RX 6400 D6 4G dan juga GIGABYTE Radeon RX 6400 Eagle 4G.

GIGABYTE Radeon RX 6400 Eagle 4G memperlihatkan rekaan yang menyerupai kad grafik bersaiz biasa, manakala GIGABYTE Radeon RX 6400 D6 4G mempunyai rekaan yang jauh lebih kecil dan boleh dimuatkan dalam komputer desktop yang bersaiz lebih kecil, sesuai untuk mereka yang membina komputer untuk ruang tamu ataupun untuk menjadikan televisyen sebagai paparan skrin besar.

Kedua-dua kad grafik ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga-harga berikut:

  • ASUS DUAL-RX6400-4G – RM960
  • GIGABYTE Radeon RX 6400 Eagle 4G – RM869
  • GIGABYTE Radeon RX 6400 D6 4GRM869

komen


© Amanz / 2022 Kami