Cip Exynos 1280 Diumumkan Secara Rasmi Oleh Samsung

Diterbitkan pada Apr 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cip Exynos 1280 telah digunakan pada Samsung Galaxy A53, A33 dan M33 yang dilancarkan beberapa minggu yang lalu. Aneh sekali Samsung hanya mengumumkan pelancaran peranti ini semalam. Ia mengesahkan Exynos 1280 ialah cip yang dihasilkan menggunakan teknologi 5nm.

Cip lapan teras ini mempunyai 2 teras Cortex-A78 2.4GHz dan 6 teras Cortex-A55 2.0GHz yang dipadankan pula dengan GPU Mali-G68. Ia mampu menyokong satu kamera sebesar 108MP atau tri-kamera 16MP. Rangkaian 5G sub-6GHz dan mmWave disokong secara serentak. Skrin FHD sehingga 120Hz turut disokong.

Dari segi prestasi ini meletakkan Exynos 1280 di kelas yang sama dengan Qualcomm Snapdragon 695 dan MediaTek Dimensity 920.

komen


© Amanz / 2022 Kami