Penjejak kesihatan Garmin vivosmart 5 telah dilancarkan hari ini dengan skrin OLED yang 66% lebih besar berbanding model terdahulu. Ia hadir dengan semua ciri standard menjejak nadi, tahap oksigen dalam darah, tidur, tapak dan tahap stres pad pengguna. Keseluruhan tubuh jam diperbuat daripada bahan silikon lembut.
Ciri menghantar mesej bersama dengan GPS turut disokong dalam situasi kecemasan. Antara ciri menarik yang disokong ialah Fitness Age yang menunjukkan kesihatan tubuh sama ada ia sama dengan usia sebenar pemakai. Pelbagai aktiviti sukan seperti berlari, yoga, berenang dan berbasikal juga boleh dilakukan.
Amaran apabila mengesan degupan jantung terlalu tinggi atau rendah diberikan juga. Bateri yang digunakan menawarkan tahap penggunaan sehingga tujuh hari. Menerusi aplikasi, vivosmart 5 boleh ditambat pada peranti pintar Android dan iOS. Garmin vivosmart 5 ditawarkan dalam warna hijau, hitam dan putih dengan harga jualan pula adalah $150 (~RM645) seutas.