Cari @ Amanz

OnePlus Buds N Dilancarkan Dengan Bateri Hingga 30 Jam

Link Copied!

Seiring pengenalan OnePlus Ace, rangkaian aksesori audio jenama berkenaan turut dikemaskini dengan penawaran produk baharu. Melaluinya, OnePlus Buds N telah diumumkan dengan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai rata dan putik silikon.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, OnePlus Buds N menggunakan pemandu audio bersaiz 12.4mm, di samping dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar untuk sokongan panggilan lebih baik. Bersama-sama dengannya, ia turut disertakan sokongan Dolby Audio yang boleh disesuaikan mengikut keadaan.

Seterusnya, kawalan adalah melalui sentuhan dan sokongan kalis air IP55 turut disertakan untuk pelindungan tambahan. Bateri 480mAh yang dibekalkan pula mampu menawarkan ketahanan sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecasan. Untuk harga, OnePlus Buds N dijual pada harga RMB199 (~RM133).


Komen ()