Di dekad 60an terdapat banyak barangan yang diiklankan menggunakan teknologi angkasa lepas kerana pada waktu tersebut perlumbaan ke angkasa antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sedang hangat walaupun wujud Perang Dingin. Teknologi angkasa lepas kini digunakan kita setiap hari seperti pada bahan aluminium dan cip peranti pintar. NASA minggu ini mengumumkan mereka berjaya menghasilkan aloi baharu yang lebih tahan lasak untuk kegunaan industri aeroangkasa.

Aloi penyebaran oksida diperkukuh GRX-810 mampu bertahan sehingga suhu 2,000° F (1093 °C) dan adalah lebih 1000 kali ganda lebih tahan lasak menentang tekanan dan suhu berbanding aloi biasa. Ia turut dua kali ganda lebih tahan menentang retak dan 3.5 kali ganda lebih melentur sebelum retak.
Ketahanan yang luar biasa ini berjaya dicapai menggunakan teknologi cetakan 3D yang menyebarkan oksida pada skala nano dengan sekata. Tambah NASA lagi proses penghasilan GRX-810 juga lebih menjimatkan kos, bersih dan cekap berbanding penghasilan aloi sedia ada.
Penggunaan GRX-810 misalnya dapat menghasilkan enjin jet boleh beroperasi lebih lama sebelum komponen perlu diganti serta pada waktu yang sama mengurangkan pembakaran bahan api.