Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai kewujudan OnePlus 10 bukanlah suatu hal yang baharu. Sebaliknya, ia telah diperkatakan sejak awal April yang lalu. Ia dikatakan bakal hadir dengan cip MediaTek Dimensity 9000 dengan kuantiti pengeluaran yang terhad. Dalam masa sama, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya yang diketahui sehingga kini.

Namun begitu, beberapa butiran mengenai peranti sekali lagi tertiris dan kali ini adalah menerusi perkongsian oleh OnLeaks dan digit.in. Menurut sumber, OnePlus kini sedang menguji dua variasi prototaip untuk pernari berkenaan – iaitu dijana oleh cip keluaran Qualcomm atau MediaTek. Besar kemungkinan ianya terdiri dengan Snapdragon 8 Gen1 dan MediaTek Dimensity 9000. Buat masa ini, OnePlus dilaporkan belum mencapai kata putus berhubung perkara tersebut.

Seterusnya, peranti juga akan menggunakan skrip AMOLED FHD+ bersaiz 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Terdapat juga kebarangkalian ia turut menampilkan teknologi LTPO 2.0 yang membolehkan skrin menyesuaikan kadar segar semula bergantung kepada kandungan semasa. Kamera utama pula terdiri dengan 50MP + 16MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula sebesar 32MP.

OnePlus 10 Pro

Bateri pula adalah sebesar 4,800mAh dengan sistem pengecasan pantas 150W. Buat masa ini, setakat itu sahaja butiran mengenai peranti yang diketahui. Dalam masa sama, kita juga belum didedahkan dengan sebarang gambaran mengenai rekaannya. Sama-sama kita nantikan perkembangannya dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd