Carian
Rasmi : Touch ’n Go Lancar Kad Generasi Baru Yang Boleh Ditambah-Nilai Melalui NFC Telefon
April 22, 2022 Aman

Touch ’n Go hari ini secara rasminya melancarkan kad generasi baru mereka yang hadir dengan sokongan NFC – membolehkan pengguna melakukan tambah-nilai terus menggunakan aplikasi TNG eWallet.

Kad generasi baharu ini dijual pada harga RM10, dan boleh dibeli melalui aplikasi TNG eWallet, atau melalui kedai TNG.

Untuk melakukan tambah-nilai, pengguna perlu menggunakan aplikasi TNG eWallet terkini, dan seterusnya melakukan tambah nilai dengan hanya menyentuh pada bahagian NFC di telefon. Ini sekaligus mengelak sebarang surcaj dan tidak perlu ke kiosk untuk melakukan tambah-nilai.

Dengan pengenalan kad ini, ia sekaligus dijangka mengatasi masalah kesukaran tambah-nilai yang sering dikaitkan dengan kad TNG.

Komen