Elon Musk Mengatakan Bahawa Dia Sudah Mengumpul Dana Mencukupi Untuk Mengambil-alih Twitter

Diterbitkan pada Apr 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Obsesi Elon Musk untuk mengambil-alih platform media sosial Twitter untuk dirinya sendiri kini nampaknya semakin membuak-buak. Selepas membeli 9.1 peratus daripada pegangan syarikat tersebut beberapa minggu yang lalu, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berminat untuk mengambil-aih syarikat tersebut.

Terkini, ia dilaporkan bahawa Elon Musk sudahpun berjaya mengumpul sekitar $46.5 bilion untuk mengambil-alih Twitter, yang mana ia juga dilaporkan bahawa $33.5 bilion daripada jumlah tersebut adalah daripada dirinya sendiri melalui ekuiti dan pinjaman berdasarkan stok Tesla beliau.

Twitter telah melakukan perubahan dalam penawaran badan pengarah mereka dimana Elon Musk tidak dibenarkan membeli lebih daripada 15 peratus daripada pegangan syarikat tersebut. Akan tetapi, perubahan tersebut turut dilaporkan masih belum rasmi, dan Elon Musk mungkin masih lagi berpeluang untuk membeli saham-saham tersebut.

Elon Musk mengatakan bahawa untuk Twitter maju dari segi teknologi dan juga kebebasan bersuara, syarikat tersebut harus kembali menjadi syarikat persendirian, dan beliau yakin bahawa dialah individu yang boleh menjadikan perkara itu realiti.

komen


© Amanz / 2022 Kami