Google Doogle hari ini adalah sempena Hari Bumi 2022. Doodle menunjukkan bagaimana beberapa lokasi utama dunia berubah disebabkan oleh perubahan iklim. Antara imej yang dipaparkan ialah bagaimana batu karang Great Barrier Reef mati disebabkan suhu dan juga saiz permukaan salji di Gunung Kilimanjaro di antara 1986 hingga 2020.
Dengan menunjukkan kesan yang berlaku dalam jangka panjang dan pendek di muka depan Google.com, ia mungkin akan dapat menimbulkan kesedaran selepas kini semakin alpa.Beberapa bulan yang lalu tular imej penebangan hutan di Timur Semenanjung Malaysia sejak 20 tahun yang lalu menggunakan data Google Earth Timelapse.
Tahun lalu banjir besar luar biasa telah menyebabkan kerugian yang besar ketika negara masih bertarung dengan pandemik. Masa untuk melakukan perubahan sebelum bumi kian pudar dan Zainal Abidin terpaksa kembali dengan lagu Hijau 2.0.