Cari @ Amanz

Motorola Moto G Stylus 5G (2022) Dilancarkan Dengan Snapdragon 695, Skrin 120Hz

Link Copied!

Motorola sedia hadir dengan beberapa peranti dengan stilus terbina di bawah keluarga Moto G. Terkini, ia telah dikemaskini dengan variasi baharu menerusi pengenalan Moto G Stylus (2022). Tidak seperti pendahulunya, variasi kali ini dilengkapi rangkaian 5G terbina dengan penggunaan cip Snapdragon 695.

Ia juga dilengkapi skrin sebesar 6.8-inci LTPS FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri sebesar 5000mAh. Sistem kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) (OIS) + 8MP (sudut-lebar) + 2MP (makro), sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP.

Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.1, NFC, port sambungan USB-C dan sebagainya. Untuk harga, Motorola Moto G Stylus dijual pada $499.99 (~RM2,154) dengan dua pilihan warna seperti Steel Blue dan Seafoam Green.


Komen ()