Huawei sedia hadir dengan beberapa penawaran untuk peranti boleh-lipat, ini termasuklah Huawei Mate X, Huawei Mate Xs, Huawei Mate X2 dan Huawei P50 Pocket. Terkini, ia nampaknya bakal dikemaskini dengan variasi baharu tidak lama lagi. Melaluinya, Huawei Mate Xs 2 akan diperkenalkan di China pada 28 April 2022.

Buat masa ini, butiran mengenai rekaan dan spesifikasi masih terhad. Malahan, poster pelancaran rasmi juga tidak menunjukkan reka bentuk pada peranti secara jelas. Namun begitu, terdapat desas-desus yang mendakwa sebuah peranti Huawei dengan model “PAL-AL00” telah ditemui menerusi laman pensijilan MIIT. Menurut sumber, peranti berkenaan terhad kepada 4G yang akan menggunakan cip Kirin 9000 4G dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan perkara ini.