realme Pad Mini & realme 9 – Peranti Bajet Untuk Raya 2022

Diterbitkan pada Apr 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebut sahaja raya, mestilah antara perkara wajib dilakukan adalah pemberian duit raya kepada sanak-saudara. Namun bergerak ke arah dunia yang lebih canggih, mungkin kita perlu memecahkan sedikit tradisi pemberian duit raya ini, dengan memberi peranti raya. Tetapi jika anda hendak jadikannya untuk kegunaan sendiri pun tidak menjadi masalah. Oleh itu, jika anda sedang mencari telefon bajet untuk raya kali ini, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki realme 9 atau realme Pad Mini yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia.

realme 9 – Telefon Dengan Kamera 108MP Bawah RM1000

realme 9 merupakan model baru yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Telefon pintar ini sesuai untuk dijadikan sebagai peranti raya untuk diri sendiri ataupun untuk diberikan kepada keluarga kerana ia bukan sekadar telefon bajet yang boleh dimiliki pada harga bawah RM1000 sahaja, malah spesifikasi yang ditawarkan juga sudah memadai untuk kegunaan harian.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan sistem tri-kamera utama yang menyokong penggambaran 108MP bersama sensor imej daripada Samsung ISOCELL HM6. Tri-kamera utamanya menggabungkan lensa 108MP ini bersama lensa 8MP dan juga 2MP. Menurut realme, kualiti penggambaran telefon pintar ini agak baik kerana menyokong teknologi 9 dalam 1 Nanopixel Plus yang terkini. Memang baguslah jika hendak gunakannya untuk merakam gambar OOTD di Hari Raya nanti.

Skrinnya juga baik, dengan rekaan bersaiz 6.4 inci Super AMOLED dan sokongan kadar segar semula 90Hz serta kadar sentuhan 360Hz. Ia juga menyokong fungsi pengimbas cap jari di dalam skrin bagi memudahkan pengguna untuk nyahkunci peranti.

realme 9 yang dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 680 6nm ini hadir dengan kapasiti bateri yang besar, iaitu 5000mAh yang boleh dicas menggunakan pengecasan pantas 33W. Jadi anda boleh menggunakannya dalam satu tempoh masa yang lama, seperti bermain permua bersama sanak-saudara.

Telefon pintar ini ditawarkan dengan 2 variasi storan yang mana model 6/128GB dipasarkan pada harga RM899. Manakala model 8/128GB pula boleh didapati pada harga RM999 sahaja. Ada 3 pilihan warna yang anda boleh dapatkan, iaitu Sunburst GoldStargaze White atau pun Meteor Black.

realme Pad Mini – Tablet Mini Untuk Kegunaan Asas Harian

Tablet mini daripada realme ini membawakan kapasiti bateri sebesar 6400mAh. Melalui kapasiti bateri sebesar ini, anda dapat menjalani kehidupan seharian seperti persidangan atas talian di Zoom sepanjang hari. Namun jika kehabisan bateri, anda boleh menggunakan pengecasan pantas 18W yang disertakan dalam kotak pembelian untuk membuat pengecasan.

Sesuai dengan namanya, realme Pad Mini ini hanya senipis 7.59 mm dengan berat hanya 372g sahaja. Melalui rekaan senipis dan seringan ini, ia sangat mudah dan praktikal untuk dibawa kemana-mana atau disimpan di dalam beg. realme Pad Mini ini juga dibina dengan rekaan skrin seluas 8.7 inci dengan nisbah skrin ke badan seluas 84.59%. Paparan skrinnya pula menggunakan panel LCD beresolusi 1340×800 dengan kebolehan untuk memaparkan kecerahan sehingga 1000 nit. Selain itu, ia juga dipadankan dengan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB dengan ruangan kad mikroSD sehingga 1TB.

realme juga telah mengintegrasikan Google Kids Space ke dalam sistem tablet mini realme ini. Melaluinya anak anda boleh mendapatkan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan dimana antaramukanya dikatakan lebih ceria. Anda sebagai ibu bapa juga boleh menggunakan tablet ini tanpa mengganggu privasi anda. Ini kerana terdapat fungsi Multi-User Mode yang akan membuat pelarasan berdasarkan akaun pengguna. Jadi data diantara dua pengguna berbeza tidak akan bercampur, begitu juga dengan maklumat peribadi.

Untuk pasaran Malaysia, realme Pad Mini ini dijual pada harga bermula RM699 sahaja untuk variasi 3/32GB WiFi. Manakala bagi model 3/32GB LTE, anda boleh dapatkannya pada harga RM749 atau juga variasi 4/64GB LTE yang boleh dibeli pada harga RM799.

Kesimpulan

Harga kedua-dua peranti sudah mampu milik, jadi apa yang ditunggu lagi? Beli realme 9 atau realme Pad Mini ini sekarang untuk dibuat sebagai peranti raya anda. Jika anda hendak berikan kepada ibu bapa atau anak-anak anda sekali pun tidak menjadi masalah. Kini anda tak perlu lagi beri duit raya, tetapi sebaliknya memberi telefon raya kepada mereka, sesuailah dengan peredaran teknologi. Meriahkan suasana raya anda dengan realme Pad Mini dan dapatkan OOTD menarik dengan realme 9 sekarang.

Penafian : Advertorial daripada realme Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami