Panggilan Hologram 3D Dari Bumi Ke Angkasa Lepas Berjaya Dilakukan Di ISS

Diterbitkan pada Apr 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam filem Star Wars, Princess Leia menghubungi Obi Wan Kenobi menggunakan hologram yang dipancarkan dari kepala R2D2. Hologram seperti ini masih lagi belum menjadi realiti tetapi ia tidak menghalang angkasawan dari ESA untuk melakukan panggilan hologram tiga dimensi dilakukan dari bumi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober tahun lalu.

Angkasawan Thomas Pesquet yang bertugas di ISS melakukan panggilan video hologram 3D dengan Dr Josef Schmid yang berada di bumi. Panggilan dilakukan menggunakan sebuah Microsoft HoloLens dengan bantuan kamera Kinect juga dari Hololens. Hologram ubuh Dr Schmid dalam bentuk 3D terapung dalam pemandangan Pesquet yang memaki sebuah HoloLens.

Teknologi Holoprojection telah diuji oleh Microsoft sejak 2016 cuma baru dicuba antara pengguna di bumi dan angkasa lepas. Tugas yang mencabar kerana ISS bergerak laju di angkasa lepas serta keperluan sambungan Internet berkelajuan tinggi dan stabil.

komen


© Amanz / 2022 Kami