Cari @ Amanz

Unifi TV Akan Tawar Disney+ Hotstar Bermula 17 Mei 2022 – Percuma Untuk Pelanggan Pek Ultimate

Oleh Aman

Link Copied!

Telekom Malaysia kini mengesahkan penambahan perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar dibawah penawaran Unifi TV.

Perkhidmatan Disney+ Hotstar ini akan ditawarkan secara percuma kepada mereka yang melanggan pek Ultimate dibawah Unifi TV.

Bagi pelanggan Unifi TV sedia ada, anda boleh melakukan perubahan pilihan perkhidmatan penstriman. TM sendiri menyediakan halaman khusus untuk membolehkan anda mendaftar minat dan mengakses perkhidmatan Disney+ Hotstar bermula 17 Mei 2022 kelak.

Bersama penambahan Disney+ Hotstar, kini pelan Unifi TV pek Ultimate turut mengatakan akan menawarkan akses kepada aplikasi penstriman seperti beIN SPORTS CONNECT, BBC Player dan SPOTV NOW tanpa sebarang kos tambahan. Ini sekaligus memberikan pelanggan akses kepada sehingga 4 aplikasi penstriman bersama 70+ saluran Unifi TV pada harga RM60 sebulan.

Semua pelanggan jalur lebar unifi Home baharu dengan unifi TV Ultimate Pack boleh menonton
Disney+ Hotstar tanpa sebarang caj tambahan, selagi pek mereka aktif, manakala langganan
baharu untuk unifi Home 100Mbps tanpa Ultimate Pack akan menikmati akses ke aplikasi
tersebut untuk selama 6 bulan. Disney+ Hotstar juga akan ditawarkan sebagai tambahan pada harga RM16.00 sebulan untuk pelanggan unifi TV Varnam Plus, Aneka Plus dan Ruby
Plus Pack. Pelanggan unifi Home tanpa sebarang Pek unifi TV mempunyai pilihan untuk
melanggan aplikasi penstriman berkenaan pada harga RM54.90 untuk 3 bulan,
dengan kemudahan membuat pembayaran melalui satu bil unifi.


Komen ()