Cari @ Amanz

Tahun lepas, Jabra telah memperkenalkan beberapa set fon telinga nirwayar ampu milik seperti yang pernah kami ulas, iaitu Jabra Elite 3. Belum sampai satu tahun lagi, Jabra kini telah hadir dengan generasi baharu untuk pasaran tempatan iaitu Jabra Elite 4 Active.

TWS ini hadir dengan beberapa ciri menarik seperti mempunyai pembantu digital Alexa terbina, menyokong tambatan pantas Google Fast Pair dan turut menyokong ciri Spotify Tap untuk menhawal Spotify tanpa peranti. Jika Elite 3 sebelum ini tiada pembatalan hingar aktif, Elite 4 Active membawakan ciri ini.

Bukan nama Jabra jika mereka tidak memperkenalkan sekali ciri HearThrough mereka yang terkenal. Dengan ciri ini, pengguna tidak akan rasa ketinggalan dan masih boleh sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Jabra Elite 4 Active hadir dengan rekaan kecil dan memberi cengkaman dalam telinga, mempunyai perlindungan IP57, hadir dengan pemacu audio 6mm, terdapat empat mikrofon terbina, bateri boleh bertahan selama 7 jam dengan sekali penggunaan dan 28 jam bersama pod pengecas.

Jabra Malaysia menjual TWS ini pada harga RM579 sahaja dengan pilihan warna Navy, Black dan Mint.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd