SKMM : Kelajuan Purata Jalur-Lebar Mudah-Alih Kini Mencapai 40.13Mbps

Diterbitkan pada Apr 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi perkembangan arena rangkaian mudah-alih di Malaysia, dan mengatakan kelajuan purata yang dicatatkan oleh pengguna peranti mudah-alih kini mencapai kelajuan 40.13Mbps.

Angka catatan purata ini dilihat selari dengan angka yang dikeluarkan oleh Speedtest untuk bulan Mac 2022 lepas. Apa pun, dari segi angka kelajuan median yang dinikmati pengguna tempatan, Speedtest memperlihatkan ia adalah sekitar 25.87Mbps.

Mengikut sasaran SKMM sebelum ini, mereka menyasarkan kelajuan purata melangkaui 35Mbps, dan kini dilihat telah mencapai angka berkenaan. Dengan penutupan rangkaian 3G dan peralihan ke rangkaian 5G, pelbagai syarikat telekomunikasi juga telah mula menaik-taraf penawaran 4G mereka membawa kepada kelajuan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Bagi anda sendiri, berapakah kelajuan purata yang dinikmati anda pada hari ini melalui telefon mudah-alih anda?

komen


© Amanz / 2022 Kami