Apple kini mengenal-pasti sejumlah kecil Apple Watch Series 6 yang mengalami masalah skrin terpadam. Apple Watch Series 6 yang terkesan ini didapati telah dikeluarkan antara April 2021 ke September 2021.
Selari dengannya, kini Apple mengumumkan program baik-pulih untuk Apple Watch Series 6 yang terkesan berkenaan.
Bagi anda yang menggunakan Apple Watch Series 6, boleh menyemak di laman khusus yang disediakan sama ada peranti anda terkesan atau tidak. Sekiranya ya, anda boleh menghantar jam tangan anda untuk servis baik-pulih.