Perdana Menteri kini berkongsi mengatakan kerajaan bakal mengumumkan kelonggaran tiga SOP utama tidak lama lagi berkaitan dengan Covid-19.
Antaranya adalah melibatkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, keperluan mengimbas kod QR MySejahtera, dan juga keperluan melakukan ujian RTK di lapangan terbang.
Buat masa ini, perdana menteri mengatakan perkara ini sedang dibincangkan bersama Kementerian Kesihatan, dan dijangka akan diumumkan selepas meneliti kebaikan dan keburukannya.
Ia tidak diketahui lagi bilakah kelonggaran ini akan diumumkan. Sebelum ini, Menteri Kesihatan turut mengacah suatu pengumuman baharu pada minggu hadapan.