Twitter Membangunkan Ciri Meletakkan Status Peribadi Seperti WhatsApp

Diterbitkan pada Apr 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter dilihat sedang menguji ciri baharu yang membenarkan pengguna meletakkan status peribadi mereka di lama. Ciri ini adalah mirip status peribadi pada aplikasi WhatsApp. Ciri yang menggunakan kod nama Vibe ini ditemukan oleh Jane Manchun Wong.

Status ini dapat dilihat di atas ciapan dengan antara pilihan yang diberikan ialah sedang mengulangkaji pelajaran, sedang memandu dan sedang membeli barang dapur. Status ini besar kemungkinan boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna mengikut keperluan situasi.

Ia amat berguna untuk menghantar ciapan sarkastik yang mungkin disalah faham sebagai serius misalnya. Belum diketahui sama ada ciri ini akan diaktifkan atau akan menjadi antara ciri hanya untuk pelanggan Twitter Blue sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami