Cari @ Amanz

Amerika Syarikat Membangunkan Reaktor Nuklear Mikro Mudah Alih Untuk Kegunaan Tentera

Link Copied!

Penggunaan peranti elektronik semakin meningkat dengan hampir kesemua barang biasa kini dipintarkan atas sebab-sebab tersendiri. Ini menimbulkan isu bagi anggota tentera kerana mereka kini perlu membawa pek bateri untuk pelbagai keperluan misi. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DoD) telah mengumumkan Project Pele bagi membangunkan reaktor nuklear mikro mudah alih.

Reaktor bersaiz kecil ini perlu mampu bertahan dibawa menggunakan rel, kapal terbang dan jalan raya dengan output kuasa 1-5 MW sehingga sekurang-kurangnya tiga tahun. Selain untuk kegunaan ketenteraan, Project Pele juga akan digunakan bagi tujuan komersial.

Setakat ini dua rekaan dari BWXT Advanced Technologies dan X-Energy sedang dipertimbangkan oleh DoD. Walaupun tenaga nuklear dilihat sebagai sumber kuasa yang mencemarkan, ia masih dilihat antara alternatif sumber kuasa yang lebih baik berbanding pembakaran bahan api fosil.


Komen ()