Cari @ Amanz

Astro Memegang Hak Penyiaran Liga EPL Sehingga Musim 2024/2025

Link Copied!

Astro hari ini mengumumkan mereka akan memegang hak penyiaran untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak tiga lagi musim sehingga 2024/2025. Sekali lagi hak penyiaran disambung selama tiga musim menjadi Astro penyiar rasmi liga bola sepak paling popular dunia di Malaysia.

EPL boleh ditonton oleh pelanggan Astro Sports Pack yang pada waktu ditawarkan pada harga RM89.90 dengan 95 saluran serta akses kepada Astro GO. Selain itu akses kepada storan awanan kandungan sehingga 200 jam turut disertakan dengan Astro sedang menawarkan promosi langganan percuma untuk 60 hari pertama bagi pelanggan baharu.


Komen ()