Huawei Mate Xs 2 Mungkin Dilengkapi Skrin 120Hz

Diterbitkan pada Apr 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, Huawei telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk pada 28 April 2022. Melaluinya, mereka bakal mengumumkan peranti dengan skrin boleh-lipat baharu keluarannya dikenali sebagai Huawei Mate Xs 2. Buat masa ini, Huawei masih belum berkongsi sebarang butiran mengenai spesifikasi dan reka bentuk peranti, tetapi ia telah tertiris lebih awal di arena web.

Ia menunjukkan peranti mempunyai reka bentuk lipatan ke luar seumpama yang boleh dilihat pada model asal Huawei Mate X dan Mate Xs. Melaluinya, ia menampilkan bahagian skrin utama yang besar. Tetapi, satu-satu perbezaan ketara yang terdapat padanya adalah penggunaan skrin utama penggunaan skrin berlubang untuk persediaan kamera swafoto khusus. Ia diletakkan pada sudut sebelah kanan.

Pada masa sama penganalisa teknologi skrin, Ross young mengatakan peningkatan terbesar Huawei Mate Xs 2 adalah pada skrin. Di mana, ia bakal dilengkapi dengan skrin sejenis LTPS yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Selain itu, Ross Young turut menyatakan maklumat mengenai harga peranti yang mana mungkin dijual sekitar USD2,500 (~RM10,812).

komen


© Amanz / 2022 Kami