Carian
Apple Dilaporkan Telah Mulakan Pembangunan iMac Dengan Cip Apple M3
April 24, 2022 Aman

Pada tahun ini, ia dijangka Apple akan memperkenalkan sejumlah komputer baharu berasaskan kepada cip Apple M2. Menariknya, tidak cuma itu, Apple kini turut dilaporkan sudah pun memulakan pembangunan iMac baharu dengan cip Apple M3.

Apa pun, ia dijangka hanya akan diperkenalkan pada penghujung 2023 kelak, iaitu lebih setahun lagi.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan Apple akan memperkenalkan kemaskini cip pemprosesan setiap tahun, selain kita melihat kemaskini kepada sesuatu produk hampir setiap dua tahun.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi ciri baharu apakah yang akan disertakan oleh Apple melalui iMac generasi baru kelak.

Komen