Apple Music Menawarkan Dua Senarai Main Lagu Raya – Durasi Hampir 9 Jam

Diterbitkan pada Apr 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Music tidak dinafikan, adalah satu platform penstriman muzik yang cukup popular dan berbaloi. Dengan harga bermula RM14.90, anda bukan sahaja dapat akses kepada pustaka muzik dengan ribuan lagu tetapi turut boleh menstrim pada kualiti nirhilang (lossless).

Bersempena Hari Raya ini Apple Music ingin menarik perhatian orang ramai, lebih-lebih lagi di Malaysia ini untuk melanggan ke platform penstriman muzik mereka. Kini mereka telah sediakan dua senarai main khas untuk menyambut Syawal.

Hari Raya for Family” mengumpulkan 51 lagu Raya dengan durasi 2 jam 59 minit. Manakala, “Riang Ria Hari Raya” mempunyai 147 lagu dengan durasi 5 jam 49 minit.

Setiap senarai main ini penuh dengan lagu-lagu Raya klasik seperti Balik Kampung oleh Sudirman, Dendang Perantau oleh P. Ramlee ataupun Selamat Hari Raya oleh Saloma. Lagu-lagu Raya lebih ‘moden’ dengan rentak kosmopolitan turut ada seperti Sambutlah Hari Raya oleh Aiman Tino, Suara Lebaran Kita oleh Hael Hussaini dan DOLLA, atau pun Rap Der Raya oleh Yonnyboi ft. Luca Sickta, Kmy Kmo, Abubakarxli, Siqma & Asyraf Nasir.

Anda boleh langgan Apple Music pada harga RM14.90 untuk individu, RM22.90 untuk keluarga (serendah RM3.82 seorang jika kongsi dengan 5 orang) atau terus langgan pelan berkas Apple One pada harga bermula RM19.90.

Tekan pautan di bawah untuk terus akses ke senarai main Lagu Raya Apple Music;

komen


© Amanz / 2022 Kami