Carian
Pegangan Sistem Operasi Android Pada Telefon Pintar Menyusut 8% Dalam Masa Empat Tahun
April 25, 2022 Effi Saharudin

Sistem operasi dengan pegangan terbesar pada telefon pintar ialah Android. Pada Jun 2018 ia mencatatkan peratusan pegangan terbesar 77.32% berbanding iOS yang memegang 19.4%. Tetapi menurut laporan terkini dari Stockapps, pada Januari 2022, pegangan Android menyusut hampir 8% ke hanya 69.74%.

oid

Sementara itu pegangan iOS telah meningkat 6% ke 25.49%. Bagi pegangan yang dilepaskan oleh Google Android diambil oleh sistem operasi lain seperti KaiOS dan Nokia Series 40. Walaupun pegangan mereka berkurangan, Android masih lagi jauh di hadapan iOS. Strategi Apple untuk menawarkan iPhone dalam pelbagai harga yang lebih mampu milik mula mendatangkan kesan positif.

Komen