Carian
Aplikasi Akan Dibuang Dari Apple App Store Sekiranya Lama Tidak Dikemaskini
April 25, 2022 Effi Saharudin

Apple telah mula menghantar notifkasi kepada pembangun untuk mengemaskini aplikasi dengan segera sekiranya ia dikesan telah lama tidak dikemaskini. Pembangun diberikan masa 30 hari dan jika ia gagal dilakukan aplikasi akan dibuang dari App Store.

Among Us

Beberapa pembangun merungut kerana tidak semua mempunyai masa untuk mengemaskini aplikasi yang sudah lama diterbitkan. Aplikasi mungkin telahpun siap dan tidak memerlukan sebarang kemas kini untuk terus beroperasi.

Ini adalah sebahagian daripada polisi stor untuk memastikan aplikasi terus berfungsi seperti sepatutnya. Jadi bagi pembangun yang ingin aplikasi mereka terus ditawarkan, mereka tiada pilihan selain mengemaskininya pada kadar segera.

[Sumber] Sumber – The Verge [/sumber]

Komen