Oppo kini hadir dengan dua lagi peranti baharu untuk pasaran China. Melaluinya, siri Oppo K10 telah diumumkan dengan dua variasi model berbeza iaitu Oppo K10 dan Oppo K10 Pro. Lebih menariknya, Oppo turut bekerjasama dengan Razer untuk penawaran pengoptimasian khusus pada peranti.
Di mana, sistem getaran pada Oppo K10 mampu menyajikan pengalaman penggunaan seumpama papan kekunci mekanikal. Dengan ini, ia dikatakan mampu memberikan prestasi permainan lebih baik berbanding sebelumnya.

Oppo K10 Pro dilengkapi skrin sebesar 6.62-inci OLED FHD dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB (LPDDR5) dan storan dalaman mencapai 256GB (UFS 3.1) . Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.
Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP (Sony IMX766) dengan OIS + 8MP (sudut-lebar) + 2MP (makro) dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari terbina pada skrin, pembayaran alipay, NFC, menjalankan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

Oppo K10 pula mempunyai skrin sebesar 6.59-inci LCD dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8000-Max, memori sehingga 12GB dan storan dalaman mencapai 256GB. Ini adalah antara peranti terawal yang dijana dengan cip pemprosesan berkenaan setakat artikel ini ditulis. Pada dasarnya, cip tersebut juga adalah versi underclocked untuk Dimensity 8100 sebelum ini.
Bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W. Sistem kamera utama terdiri dengan 64MP (utama) + 8MP + 2MP dan kamera swafoto adalah sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari di sisi, sokongan bluetooth 5.3, menjalankan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12 dan sebagainya.
Untuk harga, Oppo K10 Pro dijual pada RMB2499 (~RM1,671) (8GB/128GB), RMB2799 (~RM1,872) (8GB/256GB) dan RMB3199 (~RM2,139) (12GB/256GB). Sementara itu, Oppo K10 pula berharga RMB1999 (~RM1,337) (8GB/128GB), RMB2199 (~RM1,471) (8GB/256GB) dan RMB2499 (~RM1,671) (12GB/256GB).