Cari @ Amanz

Siri Vivo T1 Kini Rasmi Di Malaysia – Peranti “Gaming” Bajet Pada Harga Bermula RM699

Link Copied!

Siri Vivo T1 tekah pun dilancarkan di China sejak tahun 2021 dan di India pada Februari 2022. Kedua-dua ini adalah peranti yang berbeza dengan nama sama. Kini Vivo Malaysia telah melancarkan secara rasmi siri Vivo T1 untuk pasaran tempatan pula.

Kita mulakan dengan Vivo T1 5G, yang menggunakan skrin 6.44-inci AMOLED 90Hz, FHD+ dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragopn 778G 5G. Untuk memori, Vivo menggunakan RAM 8GB dengan sokongan 4GB memori maya serta storan dalaman 128GB. Ia hadir dengan bateri 4700mAh berserta pengecasan pantas 66W, pembesar suara mono Super Loudspeaker, dan ciri gaming Multi-Turbo 5.5. Untuk kamera, Vivo T1 5G menggunakan konfigurasi 64+8+2 Megapixel dengan kamera swafoto 16MP.

Peranti ini menjalankan sistem operasi Funtouch OS 12 berdasarkan Android 12.

Seterusnya adalah Vivo T1x, iaitu versi yang lebih mampu milik. Skrin walau bagaimanapun adalah lebih besar iaitu 6.58-inci LCD 90Hz, FHD+ dan dijana dengan cip Snapdragon 680. Memori pula adalah mencapai 8GB RAM dengan storan dalaman sehingga 128GB. Ia turut menyokong memori maya. Bateri adalah 5000mAh dengan pengecasan asas 18W dan konfigurasi kamera pula adalah tri-kamera 50MP dengan kamera swafoto 8MP.

Siri Vivo T1 ini dikatakan memfokuskan kepada permua pada harga bajet dan juga 5G. Vivo T1 5G hanya ada variasi 8/128 GB yang dijual pada harga RM1299 dengan pilihan warna hitam atau biru. Harga promosi adalah RM1249 dengan 2 tahun jaminan dan diskaun Vivo TWS 2 ANC. Vivo T1x pula dijual pada harga RM699 untuk 4/64 GB dengan harga promosi RM646, manakala RM899 untuk 8/128 GB dengan harga promosi RM799. Pembeli terawal akan menerima 2 tahun jaminan serta Vivo Colour Eearphones percuma.


Komen ()