Epson EH-LS12000B Ialah Projektor Laser Dengan Kemampuan Memancarkan Skrin Beresolusi 4K

Diterbitkan pada Apr 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Epson bakal melancarkan penawaran projektor terbaru mereka, Epson EH-LS12000B di Malaysia tidak lama lagi. Projektor ini merupakan projektor laser beresolusi 4K dengan kemampuan untuk memancarkan skrin bersaiz 50 inci sehingga 300 inci tanpa masalah.

Projektor ini menggunakan sumber cahaya laser yang dilaungkan mempunyai jangka-hayat yang jauh lebih tinggi berbanding dengan penggunaan mentol DLP yang biasa. Epson mengatakan dengan sumber cahaya ini, projektor EH-LS12000B ini boleh digunakan untuk 20,000 jam sebelum memerlukan sebarang penyelenggaraan dilakukan keatasnya.

Bukan itu sahaja, projektor ini juga hadir dengan nilai kecerahan 2700 lumens untuk memaparkan kandungan dengan teknologi paparan HDR10+ pada saiz maksima 300 inci. Selain daripada memaparkan kandungan video daripada komputer, ia juga boleh digunakan untuk paparan buat konsol permainan seperti Sony PlayStation 5 dan juga Microsoft Xbox Series X pada resolusi tersebut, dan boleh disambungkan melalui sambungan HDMI 2.1 yang terbina pada projektor ini.

Epson Malaysia mengatakan bahawa projektor Epson EH-LS12000B ini akan ditawarkan di pasaran tempatan bermula 29 April ini pada harga yang akan diumumkan kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami