Vivo X80 Dan Vivo X80 Pro Kini Rasmi – Hadir Dengan Pilihan Cip SD 8 Gen 1 Atau Dimensity 9000, Lensa ZEISS

Diterbitkan pada Apr 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo hari ini memperkenalkan siri telefon pintar mercu mereka untuk tahun 2022, iaitu Vivo X80. Dua telefon pintar diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Vivo X80 dan juga Vivo X80 Pro.

Kedua-duanya hadir dengan sejumlah perbezaan, termasuk versi Pro yang hadir dalam pilihan penggunaan cip Qualcomm atau MediaTek. Menjadi fokus utama dan penawaran peranti berkuasa adalah Vivo X80 Pro yang hadir dengan sokogan kamera lebih berkuasa.

Vivo X80 Pro hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED dengan resolusi QHD+, serta kadar segar semula mencapai 120Hz. Menariknya pada bahagian cip pemprosesan, ia dilengkapi pilihan sama ada cip Snapdragon 8 Gen 1 atau MediaTek Dimensity 9000.

Ia turut hadir dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM, serta ruangan storan 512GB. Pada bahagian kamera, Vivo X80 Pro hadir dengan sensor utama 50-megapixel 1/1.3” yang turut dilengkapi sokongan autofokus berasaskan lazer. Kamera belakang turut dilengkapi dengan sensor 12-megapixel dengan sokongan 2x zum, sensor 8-megapixel dengan sokongan periskop 5x, dan lensa ultra-lebar 48-megapixel.

Vivo turut menyertakan cip Vivo V1 Plus untuk pemprosesan pengimejan, selain kamera swafoto 32-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4700mAh dengan sokongan pengecasan 80W, selain pengimbas cap jari sebalik skrin. Telefon pintar ini turut hadir dengan ciri kalis air IP68, selain dwi speaker stereo.

Satu lagi variasi dibawah siri sama adalah telefon pintar Vivo X80. Ia hadir dega skrin 6.78-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Dimensity 9000 (tanpa pilihan Snapdragon), memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Vivo X80 menggunakan bateri 4500mAh, tetapi mengekalkan pengecasan 80W.

Ia turut hadir dengan kamera utama 50-megapixel dengan sokogan OIS, kamera ultra-lebar 12-megapixel, dan juga lensa telefoto 12-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan cip pengimejan Vivo V1 Plus.

Kedua-dua model ini turut dilengkapi sokongan NFC, serta dijana sistem operasi Origin OS.

Buat masa ini, ia telah dilancarkan di China, dan dijangka diperluaskan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami