Seiring dengan pengenalan siri Vivo X80, barisan peranti kelas pertengahan Vivo turut dikemaskini. Melaluinya, Vivo S15e diperkenalkan dengan janaan cip Exynos 1080. Dari segi rekaan, ia menyertakan sistem tri-kamera di belakang bersama panel hadapan sejenis bertakuk kecil.

Untuk lebih khusus, ia mempunyai skrin sebesar 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ dan nisbah aspek mencapai 91.01%. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman mencapai 256GB (UFS 3.1). Bateri pula adalah sebesar 4700mAh dengan pengecasan pantas 66W.
Sistem tri-kamera utamanya terdiri dengan 50MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan OriginOS Ocean berasaskan Android 11, port sambungan USB-C dan sebagainya. Untuk harga, Vivo S15e dijual pada RMB1999 (~RM1,328) (8GB/128GB), RMB2299 (~RM1527) (8GB/256GB) dan RMB2499 (~RM1660) (12/256GB). Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk pasaran China.