Cari @ Amanz

Aplikasi YouTube Kini Menyertakan Animasi Yang Ceria Pada Butang ‘Like’

Link Copied!

Aplikasi penstriman video daripada Google iaitu YouTube, kerap menguji ciri baru yang menarik. Malah pengguna juga ada yang boleh turut serta ujian beta dan ujian ciri baharu dengan mudah. Antaramuka pada YouTube juga telah berubah tahun demi tahun, dengan rekaan ikon baharu dan sebagainya.

iOS

Terkini pada aplikasi YouTube iOS dan Android, YouTube telah mengemaskini butang suka atau Like. Setiap kali butang ini ditekan akan ada animasi yang ceria/meriah muncul dengan ikon bentuk ibu jari ke atas ini berubah-ubah warna, menjadi besar untuk sementara dan ada percikan bunga api/konfeti seakan satu sambutan perayaan.

Android

Ia sudah pun diedarkan kepada semua pengguna daripada bahagian pelayan, jika belum anda pergi sahaja ke gudang aplikasi dan lakukan kemaskini. Untuk desktop, ia masih belum ada lagi buat masa ini.


Komen ()