Setel Bakal Perkenal Aplikasi Untuk Apple Watch – Bayar Untuk Isi Petrol Terus Dari Jam

Diterbitkan pada Apr 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setel sedia terkenal dengan penawaran aplikasi mudah-alih yang membolehkan anda melakukan bayaran untuk isian minyak kenderaan di Petronas dengan mudah. Disamping itu, aplikasi sama turut telah diperluaskan kepada beberapa ciri-ciri lain, seperti bayaran untuk parkir dan sebagainya.

Kini, selain daripada penawaran aplikasi mudah-alih, kini Setel juga sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan aplikasi khusus untuk Apple Watch.

Perkara ini telah diacah oleh pihak Setel sendiri melalui sebuah Tweet, selain beberapa gambar pembentangan awal kini telah pun tertiris ke arena web.

Melalui apa yang kelihatan, pengguna boleh terus melakukan pesanan untuk mengisi miyak, da mengesahkan pembayaran sepenuhnya melalui Apple Watch.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan memudahkan lagi proses pembayaran untuk isian minyak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut pengenalan aplikasi Setel untuk Apple Watch ini tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami