HONOR X9 Dan HONOR X8 – Telefon Pintar Dengan Kualiti Premium Pada Harga Mesra Poket

Diterbitkan pada Apr 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bercakap mengenai telefon pintar HONOR, rasanya kini tiada lagi isu utama melibatkan sokongan sistem yang perlu dirisaukan. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapatnya pengguna yang masih bertanyakan hal berkenaan. Akan tetapi jaminan boleh diberikan yang mana peranti-peranti keluaran HONOR kini menyokong Google Mobile Servies (GMS) sepenuhnya.

Dengan ini, pengguna akan dapat mengakses sejumlah aplikasi tanpa masalah, selain turut sama memuat-turun aplikasi menerusi Google Play Store. Bukan itu sahaja, sebilangan besar ciri tambahan yang ditawarkan oleh Google seperti salinan pendua data, gambar dan sebagainya turut boleh diakses.

Menarik bukan? Begitu juga dengan telefon pintar terkini HONOR yang baru sahaja dilancarkan tempoh hari iaitu HONOR X9 5G dan HONOR X8. Kedua-dua turut sama hadir dengan sokongan GMS. Bukan itu sahaja, ia turut boleh diklasifikasikan sebagai telefon pintar dengan kualiti premium yang dijual pada harga mesra poket. Ia amat bersesuaian dengan keadaan musim perayaan yang semakin mendekat.

Tampil bergaya dengan telefon pintar baharu HONOR ini, pada masa sama pengguna juga mempunyai pilihan yang baik dan berjimat-cermat. Dengan tanda harga di bawah RM1,500, berikut adalah beberapa nilai tambahan lain pada kedua-duanya yang mampu menjadi sebab dan musabab mengapa pengguna perlu dapatkan sebagai telefon raya tahun ini!


Tubuh Tahan Lasak

HONOR X9 5G dan HONOR X8 memiliki tubuh yang cukup tahan lasak, di samping kemasan fizikal yang baik dengan kelas premium. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kedua-duanya dibuat menggunakan barang berkualiti tinggi dengan kemampuan yang tahan lama. Pihak HONOR juga begitu yakin dengan produknya dan mereka membuktikannya sendiri sewaktu acara pelancaran tempoh hari. Mereka melakukan ujian ketahanan dengan menjatuhkan HONOR X9 5G bersama sebuah pasu seramik putih. Pada penghujungnya, telefon pintar masih dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan yang melampau.

Pada masa sama, telefon-telefon pintar ini turut menjalani pelbagai ujian kualiti lain bagi memastikan ia selamat digunakan. Ini termasuklah perubahan suhu secara tiba-tiba, ujian lenturan dan sebagainya. Apa yang boleh dikatakan, telefon pintar ini lulus setiap ujian dengan hasil yang sangat baik. Sesuai juga dengan trend masa kini yang mana ramai pengguna cenderung meletakkan telefon di poket belakang. Isu pertama yang bakal berlaku sudah tentulah kerosakan atau hancur sekiranya terduduk di atasnya. Tetapi, ia tidak berlaku pada HONOR X9 5G dan HONOR X8 kerana kedua-duanya cukup tahan lasak.

Sebagai nilai tambahan lain, ia juga hadir dengan pilihan warna yang menarik bagi mewujudkan aura tersendiri. Misalnya seperti Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black. Kesemuanya cantik-cantik belaka dan mudah untuk digayakan atau disuai-padan dalam pelbagai keadaan.


Pengecasan Pantas HONOR 66W

HONOR X9 5G dan HONOR X8 ini sememangnya unik dan menarik untuk dimiliki. Apabila telefon pintar kehabisan bateri, ia boleh dicas semula dengan pantas menggunakan sistem pengecasan 66W pada HONOR X9 5G. Melaluinya, ia membolehkan pengguna mengecas sehingga 81% peratus dalam masa setengah jam. Dengan ini, pengguna tidak lagi perlu untuk menunggu tempoh yang lama untuk bateri dicas. HONOR X8 juga tidak kurang hebatnya kerana ia menyokong sistem pengecasan pantas 22.5W. Melaluinya, pengecasan selama 10 minit mampu menyajikan masa main-baik kandungan video sehingga 3 jam lamanya.

Almaklumlah, penantian menunggu sesuatu juga satu penyeksaan. Bayangkan kalau hari raya anda sedang terburu-buru mahu keluar, tiba-tiba tengok bateri telefon ketika itu berada di tahap yang rendah. Pening kepala dibuatnya mahu menunggu. Tapi dengan adanya, sistem pengecasan pantas 66W pada HONOR X9 5G dan HONOR X8, ia semestinya bukan suatu hal yang memeningkan lagi. Anda duduk sebentar mengunyah kuih raya, tidak lama selepas itu bateri juga sudah penuh.


Bezel Nipis, Skrin Luas

Harga murah tapi skrin berkualiti tinggi? Benar, anda tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan telefon pintar dengan skrin yang besar. Sebabnya dengan HONOR X9 5G dan HONOR X8, anda bukan sahaja boleh merasai pengalaman tontonan yang meriah. Tetapi, ia turut dibekalkan dengan skrin yang berprestasi sesuai dengan rutin harian. Apa yang penting, harganya cukup mesra poket.

Ia didatangkan dengan skrin sejenis LCD Fullview yang lengkap dengan bezel nipis bersaiz sekitar 1.05mm. Ia adalah skrin yang terang dan cantik. Bukan itu sahaja, nisbah skrin ke badan mencapai 94% yang luas juga sememangnya dirasakan cukup puas untuk menonton pelbagai variasi kandungan video. Tidak ketinggalan, pengalaman penggunaan yang lancar turut boleh dirasai, terutamanya dengan kebolehan kadar segar semula 120Hz yang disokong oleh HONOR X9 5G.


Fotografi Hebat Pelbagai Guna

Honor X9 dan HONOR X8 juga mampu memberikan pengalaman fotografi yang luar biasa. Melaluinya, sensor utama 48MP (f/1.8), sensor kedalaman 2MP (f/2.2) dan makro 2MP digunakan pada HONOR X9. Sementara itu, HONOR X8 pula menyertakan tetapan kamera yang terdiri dengan 64MP (utama), 5MP (sudut-lebar), 2MP (makro) dan 2MP (kedalaman). Nampak bukan? Kesemua sensor yang disertakan ini cukup pelbagai untuk hasil gambar yang menarik. Ini bersesuaian buat anda yang gemar menangkap atau merakam kandungan menarik untuk dijadikan perkongsian di media sosial.

Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi dengan mod malam terbina yang semestinya mampu membuatkan gambar kelihatan cantik dan terang. Sementara itu, kamera ultra-lebarnya juga sangat berguna untuk tangkapan gambar landskap seperti pemandangan, foto berkumpulan dan sebagainya. Tambahan pula, musim perayaan kali ini adalah cukup berbeza dengan sebelumnya. Anda sudah semestinya mengambil peluang untuk bergambar beramai-ramai bersama keluarga serta sanak-saudara tercinta bukan? Pasti seronok!


Guna Tanpa Rasa Lag

Lebih menarik apabila HONOR X9 5G dan HONOR X8 juga mempunyai teknologi HONOR RAM Turbo. Bercakap lebih lanjut mengenainya, ia merupakan teknologi pengembangan memori pintar yang membolehkan peranti digunakan dengan cekap dan lancar. Melaluinya, anda boleh memanfaatkan penyimpanan daripada storan dengan memperluaskan memori RAM mencapai 10GB.

Ini sekaligus menyelesaikan masalah prestasi telefon pintar yang perlahan akibat kekurangan penyimpanan yang disebabkan oleh memori yang terhad. Pada masa sama, ia juga sesuai buat anda yang mahukan pengalaman penggunaan cukup lancar sewaktu mengendali aplikasi. Katanya, ia membolehkan sehingga 20 aplikasi dibuka secara serentak berbanding sejumlah pesaing setara yang hanya terhad pada sejumlah aplikasi.


Bagaimana? Menarik bukan kedua-dua telefon pintar ini? Ia bukan sahaja memiliki rupa fizikal yang menarik, malahan perkakasan dalaman juga cukup baik dalam kelasnya.

Bagi yang berminat, HONOR kini hadir dengan promosi perayaan cukup meriah! Mana-mana pembelian untuk HONOR X9 5G atau HONOR X8 yang dibuat sebelum 8 Mei hadapan, anda akan mendapat hadiah bernilai sehingga RM298. Ia merangkumi HONOR CHOICE Earbuds X dan lanjutan tempoh jaminan secara percuma sehingga setahun.

Jika mahukan pilihan lain, anda juga boleh mendapatkan HONOR X7 yang dijual pada harga bermula RM699. Ia juga sesuai dijadikan sebagai telefon pintar raya tahun ini! Sebabnya, ia juga peranti yang hebat dengan hayat bateri 5,000mAh yang baik, di samping kamera pelbagai guna bersama sensor utama 48MP.

Penafian : Advertorial daripada HONOR Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami