Sebagai pelopor teknologi skrin yang menggunakan kuasa yang rendah, E Ink bertanggungjawab menjadikan pembaca ebuku seperti Kindle popular. Dengan peranti skrin boleh-lipat sudah mula menjadi norma biasa, skrin E Ink Gallery 3 yang menyokong paparan berwarna serta boleh dilipat atau digulung telah dilancarkan.

Skrin E Ink Gallery 3 sebesar 8-inci mempunyai masa tindak 350 ms dalam mod monokrom dan serendah 500 ms dalam mod warna pantas. Dalam mod warna penuh masa tindak balas adalah 1.5 saat. Ini adalah jauh lebih pantas berbanding generasi sebelumnya yang mengambil sehingga 2 saat untuk monokrom dan 10 saat untuk warna penuh.

Gallery 3 juga mempunyai kepadatan pixel mencecah 300 PPI dengan ia turut menyokong input menggunakan stylus. E Ink telah menawarkan skrin boleh lipat tetapi sebelum hanya menyokong mod monokrom. Walaupun telah dilancarkan, peranti pertama yang akan menggunakannya belum lagi diumumkan.