Poco F4 GT telah dilancarkan malam ini sebagai sebuah peranti gaming dengan cip berkuasa Snapdragon 8 Gen 1. Ia turut hadir skrin 6.67″ AMOLED FHD+ 120Hz, memori sehingga 12GB, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 4700 mAh yang menyokong pengecasan ultra pantas 120W HyperCharge.
Spesifikasi kamera utama pula adalah sudut lebar 64MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Di hadapan pula kamera 20MP disertakan dalam sebuah lubang kamera. Memandangkan F4 GT ialah sebuah peranti gaming, ia hadir dengan dua butang bahu yang boleh disimpan apabila tidak diperlukan. Untuk memastikan peranti sentiasa sejuk, sistem penyejukan LiquidCool Technology 3.0 dengan dwi-kipas turut diberikan.
Menurut Poco butang bahu diuji dengan 100 aplikasi popular bagi memastikan keserasian dan juga mampu bertahan ditekan 1.5 juta kali. Untuk kenikmatan sebenar, sistem audio stereo dengan empat pemandu audio diberikan. Rekaan peranti adalah agak agresif lengkap dengan lampu flash berbentuk petir. Akhir sekali peranti menggunakan Android 12 dengan pelancar MIUI 13. Sebenarnya F4 GT sebuah Redmi K50 Gaming yang dijenamakan semula.
Di Malaysia Poco F4 GT akan dijual bermula 28 April pada harga RM2299 untuk model (8/128GB) dan RM2499 untuk model (12/256GB) dalam pilihan warna Stealth Black, Knight Silver, serta Cyber Yellow.
Sepanjang tempoh promosi, peranti akan ditawarkan pada harga menarik RM1999 dan RM2199 menerusi gedung atas talian. Di Malaysia pembeli peranti turut akan menerima langganan YouTube Premium secara percuma.