Cari @ Amanz

Pada acara hari ini, Poco juga tidak ketinggalan hadir dengan penawaran aksesori audio menarik menerusi Poco Buds Pro Genshin Impact Edition. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli di Malaysia pada RM299, namun terdapat tawaran promosi harga murah yang dijual pada RM259 untuk masa terhad.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, ia lengkap dengan kemasan berwarna merah yang bertemakan watak Klee di dalam permainan Genshin Impact. Tema berkenaan tidak hanya terhad kepada fon telinga sahaja, sebaliknya perubahan turut dilakukan pada aspek kemasan pod pengecas dan kesan audio yang boleh disesuaikan.

Ia turut menggunakan pemandu audio sebesar 9mm bersama tiga mikrofon terbina. Selain itu, ia juga menyokong pembatalan hingar aktif untuk pengalaman penggunaan lebih baik, selain ketahanan bateri mencapai 28 jam lamanya. Tidak ketinggalan, penarafan kalis air IPX4 turut disertakan sebagai pelindungan tambahan, di samping kemampuan sambungan dua peranti secara serentak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd