Cari @ Amanz

Poco F4 GT baru sahaja dilancarkan di Malaysia, dan belum lagi mula dijual secara rasminya. Tetapi, menariknya kini dilihat Poco F4 GT menjadi antara peranti terawal yang disokong dengan rangkaian 5G di Malaysia – berbanding peranti-peranti 5G baharu yang dilancarkan di Malaysia.

Dengan sokongan ini, pengguna boleh terus menikmati rangkaian 5G pada peranti Poco F4 GT sebaik sahaja membelinya kelak.

Poco F4 GT hadir dengan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, dan menyertakan sokongan pengecasan pantas 120W Hypercharge.

Di Malaysia, Poco F4 GT boleh didapati pada harga serendah RM1999 bermula penghujung minggu ini. Buat masa ini, hanya rangkaian Yes menyediakan sokongan 5G, dan boleh digunakan dikawasan sekitar Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd