OpenSignal : Digi Menawarkan Kelajuan Muat-Turun Paling Baik, Maxis Tawar Pengalaman Video Paling Baik

Diterbitkan pada Apr 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OpenSignal kini telah mengeluarkan laporan untuk suku pertama 2022, meliputi tempoh dari 1 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022 lepas.

Melalui data yang dikongsikan, beberapa perkara menarik diperlihatkan. Dari segi penawaran kelajuan muat-turun, Digi dilihat menawarkan pengalaman yag baik dengan purata muat-turun sekitar 17.6Mbps – 8% lebih pantas berbading pengguna Maxis, dan 37.5% ke 40.4% lebih pantas berbanding U Mobile da Unifi. Kadar muat-turun Digi juga secara purata melangkaui 84% berbanding Celcom.

Walaubagaimanapun, untuk kadar muat-naik, Maxis mendahului dengan kelajuan purata muat-naik sekitar 7.3Mbps.

Disamping itu, OpenSignal turut mengatakan Maxis menawarkan pengalaman permainan video dan juga penstriman yang baik berbanding penyedia lain di pasaran.

Bagi anda, bagaimanakah pengalaman anda dalam penggunaan rangkaian mudah-alih di Malaysia?

komen


© Amanz / 2022 Kami