Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S22, S22+ Dan S22 Ultra Kini Disokong Rangkaian 5G Malaysia

Link Copied!

Secara senyap peranti Samsung Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra dimasukkan ke dalam senarai peranti yang disokong rangkaian 5G Digital Nasional Berhad. Sebelum ini Samsung Malaysia berkata sokongan hanya akan diberikan pada separuh tahun kedua 2022 dan nampaknya sokongan hadir beberapa bulan lebih awal.

Ini menjadikan jumlah peranti pintar Samsung yang disokong rangkaian 5G DNB sebanyak enam kesemuanya selepas sebelum ini hanya terdiri daripada siri Galaxy S21. Bagi pengguna siri Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip sokongan mungkin hanya akan hadir selepas Jun 2022. Bagi pengguna peranti Apple, penanti anda berterusan kerana sehingga kini masih tiada maklumat rasmi bilakah peranti mercu premium ini akan disokong rangkaian 5G di Malaysia.


Komen ()