Kewujudan ZTE Axon 40 telah disahkan beberapa minggu lalu menerusi satu perkongsian di Weibo. Besar kemungkinan ia bakal dilancarkan sekitar bulan ini, namun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi khusus.
Walau bagaimanapun, terdapat perkongsian lain yang menunjukkan reka bentuk peranti dalam gambar sebenar. Ia menunjukkan peranti akan mempunyai penambah-baikan untuk kebolehan skrin yang lebih baik. Ia juga akan mempunyai skrin yang luas dengan padanan bezel cukup nipis. Bukan itu sahaja, kamera hadapannya juga kini tidak kelihatan sepenuhnya dan keseluruhan visual menjadi lebih menarik.
Dalam pada itu, paparannya juga akan mempunyai resolusi yang lebih tinggi, di mana ia sejenis tersesuai antara 2K dan 1080P. Sebagai tambahan, skrin peranti juga akan dilengkapi teknologi PWM dimming. Seperti biasa, sama-sama nantikan perkembangan lebih lanjut mengenai peranti ini dari masa ke semasa.