Carian
Storan SSD Mudah Alih Samsung T7 Shield Yang Kalis Air Dan Hentakan Dilancarkan
April 27, 2022 Effi Saharudin

Sejak mula mempunyai sebuah PC, kami mempunyai beberapa storan HDD yang digunakan untuk menyimpan sandaran data-data penting. Ia sentiasa disimpan di tempat yang kerang dan selamat bagi mengelakan sebarang kerosakan yang dapat dielakkan. Hari ini Samsung T7 Shield telah dilancarkan sebagai storan mudah alih SSD yang bukan sahaja kalis air tetapi juga tahan hentakan.

Ia melepasi piawaian kalis air serta debu IP65 dan boleh menyerap hentakan jatuh dari ketinggian sehingga 3 meter. Dari segi spesifikasi storan SSD yang digunakan boleh membaca pada kelajuan membaca 1050 MB/s) dan menulis 1000 MB/s yang menggunakan piawaian USB 3.2 Gen2. Sistem penyulitan 256-bit AES diberikan secara lalai. Menurut Samsung ini menjadikannya sehingga 9.5 kali ganda lebih pantas berbanding storan HDD.

Samsung T7 Shield ditawarkan dalam saiz 1TB dan 2TB dalam warna biru, hitam serta beige. Terdapat kabel USB-C ke USB-C dan juga USB-C ke USB-A. Harga jualannya pula adalah $160 (~RM 697) untuk 1TB dan $290 (~RM1263) untuk 2TB.

Sumber – Samsung ]/sumber]

Komen