Astro sejak kebelakangan ini mula memfokuskan kepada penstriman. Sebelum ini mereka menggunakan sistem satelit untuk menyiarkan kandungan kepada pelanggan, kini mereka berusaha dengan penggunaan Ulti Box dan Ultra Box iaitu kotak set yang hanya memerlukan sambungan Internet.
Mereka juga mempunyai aplikasi untuk menyemak akaun, menstrim kandungan langganan pada telefon pintar atau tablet melalui aplikasi Astro atau Astro Go. Malah, baru-baru ini mereka mula memperkenalkan aplikasi untuk Android TV pula.
Semua perkhidmatan atas talian Astro ini memerlukan pengguna log masuk akaun menggunakan Astro ID. Dukacita dimaklumkan, sistem log masuk mereka ini tergendala sehingga 1.30 petang akan datang. Kami sedari akan isu ini ketika sedang mencuba log masuk pada aplikasi di iPhone dan di Android TV. Kami jangkakan masalah pada aplikasi, namun ia turut berlaku pada laman web jika ingin semak butiran akaun. Ia kemudiannya disahkan oleh wakil bantuan khidmat pelanggan Astro mengenai isu ini.
Jadi jika anda mengalami masalah, tunggu selepas 1.30 petang untuk cuba log masuk kembali. Mereka yang sudah log masuk, tidak akan ada masalah.