Cari @ Amanz

Secara tradisi speaker memerlukan diafragma bagi menghasilkan bunyi dan magnet untuk menggerakkan komponen. Maka oleh sebab itu rekaan speaker adalah agak tebal serta memerlukan ruang kebuk yang besar. Di MIT, rekaan tradisional ini berjaya digantikan dengan sistem yang membolehkan speaker setebal kertas dihasilkan.

Penyelidik dari MIT Organic and Nanostructured Electronics Laboratory menghasilkan ribuan kubah kecil pada permukaan plastik PET yang bertindak sebagai kubah mini setiap satunya hanya setinggi 1/6 rambut manusia dan bergerak pada amplitud beberapa mikron. Apabila dipadankan dengan lapisan piezoelektrik, getaran akan dihasilkan oleh setiap kumbah membolehkan ia berfungsi seperti speaker biasa cuma senipis kertas.

Tetapi penggunaan speaker ini tidak semestinya untuk menghasilkan sistem audio yang nipis. Terdapat aplikasi untuk digunakan dalam pesawat sebagai sistem peredam bunyi atau diletakkan di tubuh kereta untuk mengeluarkan bunyi kepada pejalan kaki.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd